MARABAHAYA - PROJECT EAR

Wednesday, July 28, 2010

Tabung Gaza - Sukarelawan Diperlukan....


Kami mempelawa para belia dan beliawanis untuk bersama dengan kami dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membantu mereka dibumi Palestin.

Kepada mereka yang berminat sila hubungi nombor telefon yang tertera diatas.

Mari jihad ke jalan ALLAH....

Monday, July 12, 2010

Kempen Untuk Gaza



Assalamualaikum wbt....


Segala puji pujian kepada ALLAH S.W.T dan selawat keatas junjungan tercinta Muhammad S.A.W serta doa untuk para sahabat dan syuhada’ dimana sahaja sepanjang zaman terutama di bumi Palestin.


Seperti yang kita semua maklum, masyarakat dibumi Palestin hidup dalam penuh penderitaan , dijajah, dikepung , dizalimi oleh pihak Rejim Zionis dibumi bertuah mereka iaitu Palestin dalam usaha mereka mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari dirampas oleh pihak rejim. Semakin hari tanah mereka dirampas, meraka dihalau dan dibunuh dengan kejam oleh tentera zionis tanpa belas kasihan. Masa depan anak kecil yang amat kelam, kaum ibu yang kematian suami tercinta dan warga tua yang tidak berdosa disiksa setiap hari tanpa perikemanusiaan.


Kita di negara ini tidak mampu menghunus senjata dalam membantu mereka, tetapi jiwa kita tetap ingin berjuang membantu apa yang terdaya. Selama ini kita hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka, namun sekarang ini banyak usaha untuk membantu mereka dengan menghantar misi bantuan kemanusiaan dengan menghantar barangan makanan, keperluan harian, ubat-ubatan dan macam-macam lagi.


Usaha ini akan tetap berterusan walaupun dihalang oleh tentera rejim.


Dengan segala kudrat yang ada, kami melancarkan tabung “ KEMPEN UNTUK GAZA” yang dikelolakan oleh KELAB BELIA GENERASI AKTIF MERU PERDANA bagi mendapatkan dan mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada mereka di Palestin. Kami menjalankan jualan amal serta kempen berterusan selam 6 bulan dan hasilnya akan disalurkan melalui pasukan-pasukan misi kemanusiaan yang akan ke GAZA.


Oleh itu, saya selaku penaung kelab ini serta pengerusi projek kempen ini memohon jasa baik rakan taulan untuk bersama-sama berganding bahu membantu menjayakan misi ini . Segala kerjasama yang diperolehi dari saudara-saudara sekalian akan dapat membantu masyarakat disana dan semoga semua yang terlibat memperolehi keberkatan dariNYA... INSYALLAH...


Bersama kita berganding bahu berjihad kerana Islam dan ALLAH....