MARABAHAYA - PROJECT EAR

Wednesday, October 6, 2010

Khidmat Masyarakat 2

Laporan Khidmat Masyarakat & Penyampaian Sumbangan


UMNO Cawangan Meru Perdana bersama Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana.

PENERIMA 1: PN MUNIPAH HJ SAMSI & EN MOHAMED YOP BIN MARHAM


Sepasang fakir miskin yang tiada pendapatan tetap, bergantung harap pada 2 orang anak yang telah berkeluarga hanya bekerja kilang. En Mohamed Yop telah diserang stroke seminggu sebulun Aidilfitri yang lalu.



PENERIMA 2: TN HJ SAAKIH BIN HJ ROS & PN HJH JEMAAH ABD RAHMAN


Sepasang wargaemas yang dalam keuzuran, bergantung pada anak tunggal yang hanya bekerja kilang. Merupakan mantan imam di kariah surau Al-Muhajirin, Jalan Nenas.


 
 
PENERIMA 3: TN HJ SADALI HJ NOR & PN HAIRIAH HJ SAID


Sepasang wargaemas, dalam keadaan uzur dan mempunyai seorang anak OKU yang masih dalam tanggungan. Perlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

 

PENERIMA 5: TN HJ KARIM BIN SURATMAN & PN HJ ASMAH ISMAIL

Sepasang wargaemas dan juga veteran UMNO didalam cawangan Meru Perdana, bergantung pada anak yang telah berkeluarga.

 

Para belia yang turut membantu dalam program kali ini.




Monday, August 30, 2010

Khidmat Masyarakat





Dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana telah menjalankan satu aktiviti ziarah sebuah keluarga yang kurang berkemampuan yang menetap di Jalan Nenas, Meru.

Keluarga En Halim dan isteri beliau Pn Hamidah yang telah menetap di Jalan Nenas hampir 7 tahun dan tidak pernah pulang beraya di kampung halaman di Baling, Kedah kerana kurang kemampuan untuk berbuat demikian.

Pada awalnya, kami mendapat aduan tentang anak sulong mereka yang bernama Noredayu yang mana sepatutnya bersekolah menengah namun tidak dapat bersekolah kerana kurang kemampuan. Sdr Mohd Faizal selaku penaung dibantu Sdr Fauzi (timbalan pengerusi) dan juga Sdr Syafiq (setiausaha kehormat) telah mengambil tindakan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi. Setelah membuat lawatan dan sessi temuduga, masalah kekeliruan dalam penyediaan borang pertukaran dan masuk sekolah menengah yang telah menidakkan Noredayu memasuki tingkatan satu pada tahun 2009. Penaung juga telah mengambil tindakkan yang pantas untuk membantu Noredayu agar dapat bersekolah seperti remaja lain dengan secepat mungkin memandangkan Noredayu telah ketinggalan selama 1 tahun 6 bulan berbanding remaja lain. Hasilnya Noredayu telah berjaya ditempatkan di SMK Meru untuk menduduki tingkatan dua. Ini semua setelah dibantu oleh Sdr Faizal yang telah bertemu En Ahmad Shaari (Guru Besar SK Meru) dan juga En.Norrifin Mohd Ali (Pegawai Pendidikan Daerah Klang). Harapan mereka agar pelajar ini tidak ketinggalan dan mampu bersaing serta berjaya satu hari kelak bagi membantu keluarga yang serba kekurangan.

Pada hari Ahad yang lepas iaitu 29 Ogos 2010, kelab telah menjalankan sebuah program ziarah ke rumah mereka bagi menyampaikan sedikit bantuan dan juga dokumen dari PPD Klang untuk Noredayu menyambung pendidikannya. Kelab serta Pemuda Meru Perdana telah menyumbangkan barangan dapur, pakaian serta wang tunai bagi membantu keluarga ini. Wakil dari Kelab diketuai oleh Penaung, Sdr Mohd Faizal, Sdr Fauzi, Sdr Syafiq, Sdri Maryna, Sdri Salyna dan juga Sdr Norashikin telah melawat keluarga ini bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Pengurusan kelab berharap adik Noredayu dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan satu hari kelak bagi membantu keluarga dan adik-adiknya yang lain.

Pengurusan kelab juga telah menyatakan program bantuan seperti ini akan tetap diteruskan bukan hanya terhad didalam bulan ramadhan sahaja.

Sesiapa yang hendak mencadangkan mereka-mereka yang perlu dibantu boleh berhubung dengan pengurusan kelab untuk program kebajikan ini diteruskan.

Pengurusan kelab juga ingin menggalakkan kepada semua ahli atau sesiapa sahaja untuk bersama menjadi sukarelawan bagi melancarkan tugas murni  ini.

Semoga segala usaha murni anda diberkati.

Wednesday, July 28, 2010

Tabung Gaza - Sukarelawan Diperlukan....


Kami mempelawa para belia dan beliawanis untuk bersama dengan kami dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membantu mereka dibumi Palestin.

Kepada mereka yang berminat sila hubungi nombor telefon yang tertera diatas.

Mari jihad ke jalan ALLAH....

Monday, July 12, 2010

Kempen Untuk Gaza



Assalamualaikum wbt....


Segala puji pujian kepada ALLAH S.W.T dan selawat keatas junjungan tercinta Muhammad S.A.W serta doa untuk para sahabat dan syuhada’ dimana sahaja sepanjang zaman terutama di bumi Palestin.


Seperti yang kita semua maklum, masyarakat dibumi Palestin hidup dalam penuh penderitaan , dijajah, dikepung , dizalimi oleh pihak Rejim Zionis dibumi bertuah mereka iaitu Palestin dalam usaha mereka mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari dirampas oleh pihak rejim. Semakin hari tanah mereka dirampas, meraka dihalau dan dibunuh dengan kejam oleh tentera zionis tanpa belas kasihan. Masa depan anak kecil yang amat kelam, kaum ibu yang kematian suami tercinta dan warga tua yang tidak berdosa disiksa setiap hari tanpa perikemanusiaan.


Kita di negara ini tidak mampu menghunus senjata dalam membantu mereka, tetapi jiwa kita tetap ingin berjuang membantu apa yang terdaya. Selama ini kita hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka, namun sekarang ini banyak usaha untuk membantu mereka dengan menghantar misi bantuan kemanusiaan dengan menghantar barangan makanan, keperluan harian, ubat-ubatan dan macam-macam lagi.


Usaha ini akan tetap berterusan walaupun dihalang oleh tentera rejim.


Dengan segala kudrat yang ada, kami melancarkan tabung “ KEMPEN UNTUK GAZA” yang dikelolakan oleh KELAB BELIA GENERASI AKTIF MERU PERDANA bagi mendapatkan dan mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada mereka di Palestin. Kami menjalankan jualan amal serta kempen berterusan selam 6 bulan dan hasilnya akan disalurkan melalui pasukan-pasukan misi kemanusiaan yang akan ke GAZA.


Oleh itu, saya selaku penaung kelab ini serta pengerusi projek kempen ini memohon jasa baik rakan taulan untuk bersama-sama berganding bahu membantu menjayakan misi ini . Segala kerjasama yang diperolehi dari saudara-saudara sekalian akan dapat membantu masyarakat disana dan semoga semua yang terlibat memperolehi keberkatan dariNYA... INSYALLAH...


Bersama kita berganding bahu berjihad kerana Islam dan ALLAH....

Sunday, January 3, 2010

Majlis BBQ Tahun Baru 2010

Satu majlis sempena penubuhan kelab dan menyambut tahun baru 2010 telah dijalankan seperti berikut :

Nama Program : Majlis BBQ Tahun Baru 2010
Tarikh : 01 Jan 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00mlm
Tempat : Perkarangan Rumah Sdr Mohd Ramzuz Zaman (Pen.Bendahari)
              Lot 1939 Jalan Nenas, Meru

Aktiviti : BBQ, Fun Games & Lucky Draw

Kehadiran : 100 orang

Majlis ini adalah satu majlis sulung kelab ini dan bertujuan menghimpunkan semula belia dan beliawanis sekitar Jalan Nenas Meru yang telah lama sunyi dari sebarang aktiviti. Kelab ini juga adalah kelab yang pertama berdaftar secara sah yang terdapat dikawasan ini. Pada sebelum-sebelum ini aktiviti belia kami akan bernaung dibawah Pergerakan Pemuda UMNO Meru Perdana dan mulai saat ini kelab ini akan bergerak secara aktif dan berdikari. Kelab ini ditubuhkan atas inisiatif Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Meru Perdana merangkap EXCO Pemuda Bahagian Kapar Sdr Mohd Faizal Mohamad Ramlan yang mana selama ini usaha beliau didalam pembangunan belia dikawasan ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Usaha beliau dan Jawatankuasa Kelab ini yang telah memastikan kelancaran pada majlis tersebut.

Kami Jawatankuasa Kelab merakamkan jutaan terima kasih kepada Sdr. Mohd Faizal dan juga ayahanda beliau En Mohamad Ramlan Hanafiah diatas sumbangan yang telah diberikan.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah En Abd Rahman kerana telah membenarkan majlis ini berjalan di perkarangan kediamannya.
























Saturday, January 2, 2010

JAWATANKUASA 2009-2011

SENARAI JAWATANKUASA 2009-2011

PENGERUSI : SDR MOHD ZAHRI ZABIDI
TIMBALAN PENGERUSI : SDR MOHAMAD FAUZI BAHARUDIN
NAIB PENGERUSI 1: SDR IZWAN ABDOL RAHMAN
NAIB PENGERUSI 2:  SDRI FARAH ATILIA MOHD RAMLI
SETIAUSAHA KEHORMAT : SDR NOOR KHALIS SYAFIQ NORDIN
PENOLONG SETIAUSAHA : SDRI NORIN ERZAN RAMLI
BENDAHARI : PN AZRA AZRINA MAT SOM
PENOLONG BENDAHARI : SDR MOHAMAD RAMZUZ ZAMAN ABD RAHMAN
AHLI JAWATANKUASA :
1.SDR SYAHRUL AMRI MOHD SAROM
2.SDR MOHD AKMAL HASSAN
3.SDR ZURIANNLISZAM JASMAN
4.SDRI NOOR ASHIKIN MOHD RAMLAN
5.SDRI SITI NURUL FAIZAH SURIF
6.SDR MOHAMAD HASWAR EHWAN
7.SDRI NORFARAHIN ABD KADIR
8.SDR MOHD FACKRI MOHAMAD DIAH
9.SDRI TEH SEFFUL NURSHIDA M.RADZI

BENDERA & LOGO KELAB


BENDERA
Warna latarbelakang PUTIH bererti KESUCIAN DAN KEBERSIHAN
Garisan melintang MERAH dan KUNING bererti SELANGOR DARUL EHSAN tempat kami bernaung.


LOGO
BIRU bererti PERPADUAN
PUTIH bererti KESUCIAN
KUNING bererti MENDUKUNG SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN
SIMBOL "X" MERAH bererti BELIA SEMANGAT WAJA
HURUF "G" KUNING bererti GENERASI CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG
5 BINTANG MERAH KUNING bererti 5 RUKUNNEGARA SEBAGAI PEGANGAN

DOKUMEN KELULUSAN DARI KBS

Kelab ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Belia dan Sukan dan dokumen sijil serta surat kelulusan seperti tertera.