Program : Santai Bolasepak
Tarikh : 28 Julai 2011
Tempat : Dataran Rumah En Mohamad Ramlan Hanafiah, Jalan Nenas
Thursday, August 11, 2011
Lapuran Kejohanan Badminton Beregu 1 Malaysia
Kejohanan Badminton Beregu 1Malaysia Parlimen Kapar 2011 telah pun berjalan dengan jayanya pada 23 dan 24 Julai yang lalu yang bertempat di Dewan Badminton SJK (C) Tiong Hua Kok Bin, Pekan Meru yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Ir. (Dr) Mohemed Al-Amin bin Abd Majid selaku Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia. Kejohanan dua hari ini juga telah menarik seramai hampir seratus pasangan beregu bagi dua kategori yang dipertandingkan. Para peserta yang menyertai ramai diantaranya berasal dari kawasan Parlimen Kapar dan ada juga peserta berasal dari lain-lain daerah dalam Selangor seperti Subang, Shah Alam, Kuala Selangor dan juga Banting.
Dua kategori yang dipertandingkan adalah Junior Tertutup dan Jemputan Parlimen Kapar serta Terbuka Amatur 1Malaysia. Hadiah wang tunai yang ditawarkan bagi keseluruhan kejohanan ini adalah sebanyak RM2500. Pemenang bagi kategori Tertutup dan Jemputan adala pasangan Chan dan Faizal yang mana telah berjaya menewaskan pasangan veteran Rahman dan Mat Hari dengan kutipan mata 21-18,21-18.Manakala dalam kategori Terbuka Amatur 1 Malaysia diungguli oleh pasangan penuntut Khoo Chong Lei bersama Tan Fu Tzen yang telah berhempas pulas dalam rubber game menewaskan guru mereka sendiri iaitu pasangan Syukri dan Azman dengan berkesudahan 21-18,20-23,21-12. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Abd Rahman b Hj Palil selaku Ketua BN Parlimen Kapar dan YBhg Tn Hj Ghazali Md Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana program tersebut.
Kejohanan ini adalah anjuran BN Parlimen Kapar dan Kelab Badminton Bukit Kapar serta Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana yang mana telah bertungkus lumus bersama dalam menjayakan kejohanan dua hari tersebut. Ramai yang amat berpuas hati dengan tahap penganjuran dan ada juga pihak yang meminta agar ditambahkan lagi kategori untuk pelajar dan juga wanita. Menurut Sdr Mohd Faizal selaku setiausaha kejohanan, program seperti ini akan diteruskan lagi dimasa akan datang kerana ianya berjaya memupuk semangat 1 Malaysia terhadap peserta, petugas dan juga penyokong yang hadir. Beliau juga berharap agar program seperti ini agar dapat perhatian penuh kerajaan dalam membantu memupuk kempen 1Malaysia seperti yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri.
Setiausaha Kejohanan Sdr Mohd Faizal Mohd Ramlan bersama peserta berbilang bangsa (Konsep 1 Malaysia tercapai) Ucapan Perasmian oleh : YBhg Dato' Ir (Dr) Mohamed Al-Amin Abd Majid-Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Gimik Pelancaran Kejohanan - oleh YBhg Dato' Ir(Dr) Mohamed Al-Amin Abd Majid
Aksi-Aksi Juara
Pemenang bersama pemimpin BN Kapar
Urusetia Kejohanan
Labels:
Badminton 1 Malaysia,
Belia Generasi Aktif,
BN Kapar
Wednesday, June 29, 2011
KEJOHANAN BADMINTON BEREGU 1MALAYSIA PARLIMEN KAPAR 2011
"KEJOHANAN BADMINTON BEREGU 1 MALAYSIA PARLIMEN KAPAR 2011"
TARIKH : 23-24 JUL 2011 (SABTU & AHAD)
TEMPAT : DEWAN BADMINTON, SJK (C) TIONG HUA KOK BIN, PEKAN MERU, KLANG
PERASMIAN OLEH :
YBhg Dato’ Ir. Mohamed Al Amin b. Abd Majid
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
KATEGORI :
1) JUNIOR TERTUTUP & JEMPUTAN PARLIMEN KAPAR
2) VETERAN AMATUR 1 MALAYSIA (45+)
3) TERBUKA AMATUR 1 MALAYSIA
HADIAH KATEGORI 1 & 2 :
JOHAN = RM500 + MEDAL + HAMPER
N.JOHAN = RM300 + MEDAL + HAMPER
3rd & 4th = RM150 + MEDAL + HAMPER
HADIAH KATEGORI 3:
JOHAN = RM600 + MEDAL + HAMPER
N.JOHAN = RM400 + MEDAL + HAMPER
3rd & 4th = RM200 + MEDAL + HAMPER
YURAN KEJOHANAN : RM30/REGU (untuk setiap kategori)
KETERANGAN LANJUT :
019-2134455 AZMAN (ALONG)
010-4336282 ROSMAN
017-6947151 FAIZAL
ANJURAN BERSAMA :
BN PARLIMEN KAPAR
KELAB BADMINTON BUKIT KAPAR
KELAB BELIA GENERASI AKTIF MERU PERDANA
SYARAT & PERATURAN
1) Peraturan Permainan
- Mengikut syarat BAM yang sedia ada dan penganjur berhak menukar syarat yang sedia ada untuk kesesuaian.
- Kiraan mata bagi peringkat awal sehingga ke pusingan suku akhir akan menggunakan system 40 mata.
- Hanya peringkat separuh akhir dan akhir akan seperti format kiraan biasa.
- Permainan akan dijalankan secara kalah mati (knock out)
2) Kelayakan Pemain
- Kejohanan ini hanya terbuka untuk pemain amatur dan rakyat Malaysia sahaja
- Pemain atau bekas pemain dari atau yang pernah mewakili kejohanan atau sirkit kebangsaan seperti BAM, Sekolah Sukan, Masum, Sukma, SEA atau yang mewakili kelab badminton professional adalah tidak layak untuk menyertai.
- KATEGORI 1 : hanya terbuka pada pemain yang dijemput oleh penganjur sahaja.
- KATEGORI 2: pemain yang berusia mencecah umur 45 tahun pada tahun 2011 atau mereka yang lahir pada tahun 1966 kebawah. (sila bawa kad pengenalan untuk pengesahan)
3) Bulu Tangkis (Shuttlecock)
- Pihak penganjur hanya menyediakan 2 untuk setiap game.
- Pihak penganjur membenarkan pemain membawa bulu tangkis sendiri untuk keperluan.
4) Jadual perlawanan
- Pendaftaran setiap pasukan adalah jam 8.30 pagi 23 Julai (Sabtu)
- Setiap pemain hendaklah melapor diri 30 min sebelum perlawanan bermula
- Setiap kelewatan tidak akan dilayan dan kemenangan percuma diberikan kepada lawan.
5) Penganjuran & Bantahan
- Segala keputusan pengadil adalah muktamad
- Pengadil dan pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana pemain yang didapati melanggar syarat dan peraturan tanpa memerlukan bukti yang kukuh.
- Segala keputusan dan perubahan yang dilakukan adalah hak penganjur.
- Segala bantahan harus berserta RM300 (tidak dikembalikan) bersama bukti
6) Keselamatan
- Setiap pemain bertanggungjawab diatas keselamatan sendiri dan harta benda.
7) Hadiah
- Kategori 1 & 2 = RM500 / RM300 / RM150 / RM150 berserta hamper dan medal
- Kategori 3 = RM600 / RM400 / RM200 / RM200 berserta hamper dan medal
8) Yuran Pendaftaran & Tarikh tutup :
- Kami hanya menerima pendaftaran beserta yuran RM30 sepasukan sebelum 20 Julai 2011
9) Pertanyaan & rujukan
- sila hubungi Azman Yusuf (Along) 019-2134455 / Rosman Kamarudin 010-4336282 / Faizal 017-6947151
- facebook : BELIA GENERASI AKTIF

Subscribe to:
Posts (Atom)