Kejohanan Badminton Beregu 1Malaysia Parlimen Kapar 2011 telah pun berjalan dengan jayanya pada 23 dan 24 Julai yang lalu yang bertempat di Dewan Badminton SJK (C) Tiong Hua Kok Bin, Pekan Meru yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Ir. (Dr) Mohemed Al-Amin bin Abd Majid selaku Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia. Kejohanan dua hari ini juga telah menarik seramai hampir seratus pasangan beregu bagi dua kategori yang dipertandingkan. Para peserta yang menyertai ramai diantaranya berasal dari kawasan Parlimen Kapar dan ada juga peserta berasal dari lain-lain daerah dalam Selangor seperti Subang, Shah Alam, Kuala Selangor dan juga Banting.
Dua kategori yang dipertandingkan adalah Junior Tertutup dan Jemputan Parlimen Kapar serta Terbuka Amatur 1Malaysia. Hadiah wang tunai yang ditawarkan bagi keseluruhan kejohanan ini adalah sebanyak RM2500. Pemenang bagi kategori Tertutup dan Jemputan adala pasangan Chan dan Faizal yang mana telah berjaya menewaskan pasangan veteran Rahman dan Mat Hari dengan kutipan mata 21-18,21-18.Manakala dalam kategori Terbuka Amatur 1 Malaysia diungguli oleh pasangan penuntut Khoo Chong Lei bersama Tan Fu Tzen yang telah berhempas pulas dalam rubber game menewaskan guru mereka sendiri iaitu pasangan Syukri dan Azman dengan berkesudahan 21-18,20-23,21-12. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Abd Rahman b Hj Palil selaku Ketua BN Parlimen Kapar dan YBhg Tn Hj Ghazali Md Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana program tersebut.
Kejohanan ini adalah anjuran BN Parlimen Kapar dan Kelab Badminton Bukit Kapar serta Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana yang mana telah bertungkus lumus bersama dalam menjayakan kejohanan dua hari tersebut. Ramai yang amat berpuas hati dengan tahap penganjuran dan ada juga pihak yang meminta agar ditambahkan lagi kategori untuk pelajar dan juga wanita. Menurut Sdr Mohd Faizal selaku setiausaha kejohanan, program seperti ini akan diteruskan lagi dimasa akan datang kerana ianya berjaya memupuk semangat 1 Malaysia terhadap peserta, petugas dan juga penyokong yang hadir. Beliau juga berharap agar program seperti ini agar dapat perhatian penuh kerajaan dalam membantu memupuk kempen 1Malaysia seperti yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri.
Setiausaha Kejohanan Sdr Mohd Faizal Mohd Ramlan bersama peserta berbilang bangsa (Konsep 1 Malaysia tercapai) Ucapan Perasmian oleh : YBhg Dato' Ir (Dr) Mohamed Al-Amin Abd Majid-Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Gimik Pelancaran Kejohanan - oleh YBhg Dato' Ir(Dr) Mohamed Al-Amin Abd Majid
Aksi-Aksi Juara
Pemenang bersama pemimpin BN Kapar
Urusetia Kejohanan
No comments:
Post a Comment