MARABAHAYA - PROJECT EAR

Saturday, May 24, 2014

FUTSAL EDISI WC2014 - TUJUAN PENGANJURAN - PROJEK AMAL ANAK YATIM

FUTSAL EDISI WC2014 ADALAH BERTUJUAN MENGUMPUL DANA TABUNG KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM YANG TELAH KAMI JADIKAN SEBAGAI ADIK-ADIK ANGKAT.

KAMI MENCARI DERMAWAN YANG BUDIMAN UNTUK MEMBANTU KAMI DALAM MEREALISASIKAN PROGRAM KEBAJIKAN INI.

KAMI SEDANG CUBA MEMBANTU MENCARI DANA UNTUK MENDAPATKAN SEPERSALINAN PAKAIAN HARI RAYA SEPERTI SONGKOK, BAJU MELAYU, SAMPIN, TUDUNG, BAJU KURUNG DAN JUGA KASUT UNTUK SERAMAI 87 ORANG ANAK YATIM DAN MISKIN YANG ADA DALAM SENARAI ADIK-ADIK ANGKAT KELAB INI.

KAMI MEMOHON JASA BAIK ANDA SEMUA UNTUK MEMBANTU KAMI DALAM PROGRAM INI...DAN HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS DAN SEMOGA REZEKI YANG ANDA KONGSIKAN AKAN DIKURNIAKAN SEMULA DENGAN LEBIH LAGI IN SHA ALLAH....

SETIAP BANTUAN DAN SUMBANGAN HENDAKLAH DIATAS NAMA:

KELAB BELIA GENERASI AKTIF MERU PERDANA
NO.AKAUN CIMB: 1205-131043-8054


PERTANYAAN LANJUT:
018-252 2755
018-354 8005
017-312 8300


FUTSAL EDISI WC2014 - SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

FUTSAL EDISI WC2014
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN....
TUNGGU APA LAGI...
CEPAT DAFTAR...
HANYA 32 PASUKAN...
HOTLINE: 018-252 2755

BORANG PENYERTAAN FUTSAL EDISI WC2014


FUTSAL EDISI WC2014
BORANG PENYERTAAN
SILA CEPAT....TERHAD 32 TEAM SAHAJA...
JANGAN KETINGGALAN....
HOTLINE : 018-252 2755

KEJOHANAN FUTSAL EDISI WC2014


WORLD CUP IS COMING!!!

SELECT YOUR TEAM....

LIMITED EDITION....

OPEN FOR 32 TEAMS ONLY...

PLEASE CALL HOTLINE 018-252 2755 HURRY!!!

Monday, April 14, 2014

Assalamualaikum wbt....Salam 1Belia...

Pertamanya...pihak admin memohon maaf kerana sudah terlalu lama laman ini menyepi....walaupun aktiviti telah banyak berjalan...ini kerana kekurangan masa dan jentera untuk mengemaskini...

untuk makluman semua...pentadbiran baru telah memutuskan untuk meneruskan laman ini dan ianya akan diberikan penjenamaan semula...

nama kelab ini akan diubah kepada "KELAB BELIA GENERASI AKTIF"

dan motto baru yang dilaungkan adalah "PEMIMPIN MASA DEPAN" yang mana kami percaya kelab ini bakal melahirkan ramai pemimpin masa depan yang berkaliber.

pihak pentadbiran juga telah mengubah semula LOGO dan BENDERA untuk kesesuaian.






Thursday, August 11, 2011

Santai Bolasepak - Malaysia vs Singapura

Program : Santai Bolasepak
Tarikh : 28 Julai 2011
Tempat : Dataran Rumah En Mohamad Ramlan Hanafiah, Jalan Nenas




Lapuran Kejohanan Badminton Beregu 1 Malaysia


Kejohanan Badminton Beregu 1Malaysia Parlimen Kapar 2011 telah pun berjalan dengan jayanya pada 23 dan 24 Julai yang lalu yang bertempat di Dewan Badminton SJK (C) Tiong Hua Kok Bin, Pekan Meru yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Ir. (Dr) Mohemed Al-Amin bin Abd Majid selaku Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia. Kejohanan dua hari ini juga telah menarik seramai hampir seratus pasangan beregu bagi dua kategori yang dipertandingkan. Para peserta yang menyertai ramai diantaranya berasal dari kawasan Parlimen Kapar dan ada juga peserta berasal dari lain-lain daerah dalam Selangor seperti Subang, Shah Alam, Kuala Selangor dan juga Banting.

Dua kategori yang dipertandingkan adalah Junior Tertutup dan Jemputan Parlimen Kapar serta Terbuka Amatur 1Malaysia. Hadiah wang tunai yang ditawarkan bagi keseluruhan kejohanan ini adalah sebanyak RM2500. Pemenang bagi kategori Tertutup dan Jemputan adala pasangan Chan dan Faizal yang mana telah berjaya menewaskan pasangan veteran Rahman dan Mat Hari dengan kutipan mata 21-18,21-18.Manakala dalam kategori Terbuka Amatur 1 Malaysia diungguli oleh pasangan penuntut Khoo Chong Lei bersama Tan Fu Tzen yang telah berhempas pulas dalam rubber game menewaskan guru mereka sendiri iaitu pasangan Syukri dan Azman dengan berkesudahan 21-18,20-23,21-12. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Abd Rahman b Hj Palil selaku Ketua BN Parlimen Kapar dan YBhg Tn Hj Ghazali Md Amin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana program tersebut.

Kejohanan ini adalah anjuran BN Parlimen Kapar dan Kelab Badminton Bukit Kapar serta Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana yang mana telah bertungkus lumus bersama dalam menjayakan kejohanan dua hari tersebut. Ramai yang amat berpuas hati dengan tahap penganjuran dan ada juga pihak yang meminta agar ditambahkan lagi kategori untuk pelajar dan juga wanita.  Menurut Sdr Mohd Faizal selaku setiausaha kejohanan, program seperti ini akan diteruskan lagi dimasa akan datang kerana ianya berjaya memupuk semangat 1 Malaysia terhadap peserta, petugas dan juga penyokong yang hadir. Beliau  juga berharap agar  program seperti ini agar dapat perhatian penuh kerajaan dalam membantu memupuk kempen 1Malaysia seperti yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri.
Setiausaha Kejohanan Sdr Mohd Faizal Mohd Ramlan bersama peserta berbilang bangsa (Konsep 1 Malaysia tercapai)

 Ucapan Perasmian oleh : YBhg Dato' Ir (Dr) Mohamed Al-Amin Abd Majid-Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Gimik Pelancaran Kejohanan - oleh YBhg Dato' Ir(Dr) Mohamed Al-Amin Abd Majid
Aksi-Aksi Juara
Pemenang bersama pemimpin BN Kapar
Urusetia Kejohanan

Wednesday, June 29, 2011

KEJOHANAN BADMINTON BEREGU 1MALAYSIA PARLIMEN KAPAR 2011

"KEJOHANAN BADMINTON BEREGU 1 MALAYSIA PARLIMEN KAPAR 2011"

TARIKH : 23-24 JUL 2011 (SABTU & AHAD)
TEMPAT : DEWAN BADMINTON, SJK (C) TIONG HUA KOK BIN, PEKAN MERU, KLANG

PERASMIAN OLEH :
YBhg Dato’ Ir. Mohamed Al Amin b. Abd Majid
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

KATEGORI :
1) JUNIOR TERTUTUP & JEMPUTAN PARLIMEN KAPAR
2) VETERAN AMATUR 1 MALAYSIA (45+)
3) TERBUKA AMATUR 1 MALAYSIA

HADIAH KATEGORI 1 & 2 :
JOHAN = RM500 + MEDAL + HAMPER
N.JOHAN = RM300 + MEDAL + HAMPER
3rd & 4th = RM150 + MEDAL + HAMPER

HADIAH KATEGORI 3:
JOHAN = RM600 + MEDAL + HAMPER
N.JOHAN = RM400 + MEDAL + HAMPER
3rd & 4th = RM200 + MEDAL + HAMPER

YURAN KEJOHANAN : RM30/REGU (untuk setiap kategori)

KETERANGAN LANJUT :
019-2134455 AZMAN (ALONG)
010-4336282 ROSMAN
017-6947151 FAIZAL

ANJURAN BERSAMA :
BN PARLIMEN KAPAR
KELAB BADMINTON BUKIT KAPAR
KELAB BELIA GENERASI AKTIF MERU PERDANA

SYARAT & PERATURAN
1)      Peraturan Permainan
-          Mengikut syarat BAM yang sedia ada dan penganjur berhak menukar syarat yang sedia ada untuk kesesuaian.
-          Kiraan mata bagi peringkat awal sehingga ke pusingan suku akhir akan menggunakan system 40 mata.
-          Hanya peringkat separuh akhir dan akhir akan seperti format kiraan biasa.
-          Permainan akan dijalankan secara kalah mati (knock out)
 2)      Kelayakan Pemain
-          Kejohanan ini hanya terbuka untuk pemain amatur dan rakyat Malaysia sahaja
-          Pemain atau bekas pemain dari atau yang pernah mewakili kejohanan atau sirkit kebangsaan seperti BAM, Sekolah Sukan, Masum, Sukma, SEA atau yang mewakili kelab badminton professional adalah tidak layak untuk menyertai.
-          KATEGORI 1 : hanya terbuka pada pemain yang dijemput oleh penganjur sahaja.
-          KATEGORI 2: pemain yang berusia mencecah umur 45 tahun pada tahun 2011 atau mereka yang lahir pada tahun 1966 kebawah. (sila bawa kad pengenalan untuk pengesahan)
 3)      Bulu Tangkis (Shuttlecock)
-          Pihak penganjur hanya menyediakan 2 untuk setiap game.
-          Pihak penganjur membenarkan pemain membawa bulu tangkis sendiri untuk keperluan.
 4)      Jadual perlawanan
-          Pendaftaran setiap pasukan adalah jam 8.30 pagi 23 Julai (Sabtu)
-          Setiap pemain hendaklah melapor diri 30 min sebelum perlawanan bermula
-          Setiap kelewatan tidak akan dilayan dan kemenangan percuma diberikan kepada lawan.
 5)      Penganjuran & Bantahan
-          Segala keputusan pengadil adalah muktamad
-          Pengadil dan pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana pemain yang didapati melanggar syarat dan peraturan tanpa memerlukan bukti yang kukuh.
-          Segala keputusan dan perubahan yang dilakukan adalah hak penganjur.
-          Segala bantahan harus berserta RM300 (tidak dikembalikan) bersama bukti
 6)      Keselamatan
-          Setiap pemain bertanggungjawab diatas keselamatan sendiri dan harta benda.
 7)      Hadiah
-          Kategori 1 & 2  = RM500 / RM300 / RM150 / RM150 berserta hamper dan medal
-          Kategori 3 = RM600 / RM400 / RM200 / RM200 berserta  hamper dan medal
 8)      Yuran Pendaftaran & Tarikh tutup :
-          Kami hanya menerima pendaftaran beserta  yuran RM30 sepasukan sebelum 20 Julai 2011
 9)      Pertanyaan & rujukan
-          sila  hubungi Azman Yusuf (Along) 019-2134455 / Rosman Kamarudin 010-4336282 / Faizal 017-6947151
-          facebook : BELIA GENERASI AKTIF

Wednesday, October 6, 2010

Khidmat Masyarakat 2

Laporan Khidmat Masyarakat & Penyampaian Sumbangan


UMNO Cawangan Meru Perdana bersama Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana.

PENERIMA 1: PN MUNIPAH HJ SAMSI & EN MOHAMED YOP BIN MARHAM


Sepasang fakir miskin yang tiada pendapatan tetap, bergantung harap pada 2 orang anak yang telah berkeluarga hanya bekerja kilang. En Mohamed Yop telah diserang stroke seminggu sebulun Aidilfitri yang lalu.



PENERIMA 2: TN HJ SAAKIH BIN HJ ROS & PN HJH JEMAAH ABD RAHMAN


Sepasang wargaemas yang dalam keuzuran, bergantung pada anak tunggal yang hanya bekerja kilang. Merupakan mantan imam di kariah surau Al-Muhajirin, Jalan Nenas.


 
 
PENERIMA 3: TN HJ SADALI HJ NOR & PN HAIRIAH HJ SAID


Sepasang wargaemas, dalam keadaan uzur dan mempunyai seorang anak OKU yang masih dalam tanggungan. Perlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

 

PENERIMA 5: TN HJ KARIM BIN SURATMAN & PN HJ ASMAH ISMAIL

Sepasang wargaemas dan juga veteran UMNO didalam cawangan Meru Perdana, bergantung pada anak yang telah berkeluarga.

 

Para belia yang turut membantu dalam program kali ini.




Monday, August 30, 2010

Khidmat Masyarakat





Dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, Kelab Belia Generasi Aktif Meru Perdana telah menjalankan satu aktiviti ziarah sebuah keluarga yang kurang berkemampuan yang menetap di Jalan Nenas, Meru.

Keluarga En Halim dan isteri beliau Pn Hamidah yang telah menetap di Jalan Nenas hampir 7 tahun dan tidak pernah pulang beraya di kampung halaman di Baling, Kedah kerana kurang kemampuan untuk berbuat demikian.

Pada awalnya, kami mendapat aduan tentang anak sulong mereka yang bernama Noredayu yang mana sepatutnya bersekolah menengah namun tidak dapat bersekolah kerana kurang kemampuan. Sdr Mohd Faizal selaku penaung dibantu Sdr Fauzi (timbalan pengerusi) dan juga Sdr Syafiq (setiausaha kehormat) telah mengambil tindakan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi. Setelah membuat lawatan dan sessi temuduga, masalah kekeliruan dalam penyediaan borang pertukaran dan masuk sekolah menengah yang telah menidakkan Noredayu memasuki tingkatan satu pada tahun 2009. Penaung juga telah mengambil tindakkan yang pantas untuk membantu Noredayu agar dapat bersekolah seperti remaja lain dengan secepat mungkin memandangkan Noredayu telah ketinggalan selama 1 tahun 6 bulan berbanding remaja lain. Hasilnya Noredayu telah berjaya ditempatkan di SMK Meru untuk menduduki tingkatan dua. Ini semua setelah dibantu oleh Sdr Faizal yang telah bertemu En Ahmad Shaari (Guru Besar SK Meru) dan juga En.Norrifin Mohd Ali (Pegawai Pendidikan Daerah Klang). Harapan mereka agar pelajar ini tidak ketinggalan dan mampu bersaing serta berjaya satu hari kelak bagi membantu keluarga yang serba kekurangan.

Pada hari Ahad yang lepas iaitu 29 Ogos 2010, kelab telah menjalankan sebuah program ziarah ke rumah mereka bagi menyampaikan sedikit bantuan dan juga dokumen dari PPD Klang untuk Noredayu menyambung pendidikannya. Kelab serta Pemuda Meru Perdana telah menyumbangkan barangan dapur, pakaian serta wang tunai bagi membantu keluarga ini. Wakil dari Kelab diketuai oleh Penaung, Sdr Mohd Faizal, Sdr Fauzi, Sdr Syafiq, Sdri Maryna, Sdri Salyna dan juga Sdr Norashikin telah melawat keluarga ini bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Pengurusan kelab berharap adik Noredayu dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan satu hari kelak bagi membantu keluarga dan adik-adiknya yang lain.

Pengurusan kelab juga telah menyatakan program bantuan seperti ini akan tetap diteruskan bukan hanya terhad didalam bulan ramadhan sahaja.

Sesiapa yang hendak mencadangkan mereka-mereka yang perlu dibantu boleh berhubung dengan pengurusan kelab untuk program kebajikan ini diteruskan.

Pengurusan kelab juga ingin menggalakkan kepada semua ahli atau sesiapa sahaja untuk bersama menjadi sukarelawan bagi melancarkan tugas murni  ini.

Semoga segala usaha murni anda diberkati.